Secara asasnya Program Food Bank Malaysia adalah satu organisasi yang mengumpulkan makanan kering di dalam gudang makanan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Akan tetapi Food Bank Malaysia telah membahagi-bahagikan kepada beberapa program iaitu:
- Program pengedaran makanan ke rumah-rumah
- Program Feed Homeless untuk gelandangan
- Program Kindness Kitchen masak atau menyediakan makanan untuk mereka yang memerlukan pada hari tersebut
- Program Korban
- Program Berbuka Puasa bersama asnaf
- Program Jom Sahur
- Program School of Kindness
- Program Baginda
Program Pengedaran Makanan
Ia terbentuk daripada faktor sesebuah keluarga memohon bantuan secara individu ataupun dilakukan atas sebab sesebuah kawasan mengalami bencana seperti banjir atau sekatan PKPD akibat penularan COVID 19 yang menyukarkan individu untuk bekerja terutama yang kerja makan gaji hari.
Biasanya pengedaran makanan yang dilakukan oleh Food Bank Malaysia hanya mampu menampung sehingga 200 buah keluarga dalam satu-satu masa atas sebab sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk memberi lebih dari itu.
Program Feed Homeless
Feed Homeless atau memberi bekalan makanan atau keperluan harian kepada gelandangan yang tidak di kaki lima kedai, di tempat perhentian bas dan teksi, di bawah jambatan dan di tepi-tepi lorong yang terdapatnya mereka-mereka ini.
Tidak semua gelandangan yang tidak bekerja ataupun yang mengalami masalah mental mahupun terlibat dengan aktiviti-aktiviti negatif. Ada antara mereka yang tidak mampu untuk menyewakan rumah mahupun bilik walaupun mempunyai pekerjaan tetap tetapi pendapatan mereka terlalu sedikit.
Program Kindness Kitchen
Kindness Kitchen adalah satu idea yang dicetuskan oleh tuan pengerusi Food Bank Malaysia sendiri untuk menyediakan makanan kepada orang-orang susah menikmati makanan seperti kebanyakkan orang lain yang mampu untuk membeli makanan yang diidamkan.
Program ini dilaksanakan berdasarkan objektif yang hendak dicapai ketika ia dilancarkan. Setakat ini kami telah berjaya menjemput golongan susah hadir ke Kindenss Kitchen yang terletak di pejabat Food Bank Malaysia dengan design ala-ala cafe hipster bagi meraikan mereka.
Program Korban
Program Korban ini adalah berjalan berdasarkan berapa banyak sumbangan yang kami terima untuk laksanakannya. Sebaiknya minima 2 ekor lembu untuk korban ini bagi membolehkan ramai penerima daging korban untuk diagihkan.
Kami mempunyai kerjasama dengan Tahfiz yang bertauliah dalam proses pengurusan pembelian lembu korban dan penyembelihan mengikut syarat-syarat sah Islam bagi mencapai niat dan berkat dalam melakukan program korban ini.
Program Berbuka Puasa & Jom Sahur
Program ini sama seperti Kindness Kitchen di mana kami menjemput para asnaf yang terdiri daripada golongan susah berpendapatan rendah dan OKU untuk hari ke cafe kami. Bagi mereka tak tidak mempunyai kenderaan kami boleh aturkan perjalanan pergi dan pulang secara percuma.
Program School of Kindness
School of Kindness telah hampir setahun kami tidak beroperasi akibat daripada wabak COVID 19 demi menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.
Sebelum penularan wabak tersebut, kami telah lakukan program ini dengan kerjasama beberapa orang cikgu yang bertauliah untuk sekolah rendah sahaja.
Subjek-subjek yang terlibat antaranya adalah:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Lukisan dengan menggunakan komputer
Program Baginda
Program Baginda adalah satu program untuk kita umat Islam mengingati Rasullullah SWT pada hari kelahiran baginda. Kebiasaannya kami akan berikan sedikit saguhati yang melambangkan baginda seperti stik madu beserta sekeping nota memperjelaskan tentang program ini.
Sebenarnya kami ada bermacam program lagi, akan tetapi ia sedikit terbatas akibat penularan COVID 19 yang memaksa kita untuk memperketatkan lagi SOP bagi membendungnya.
Artikel seterusnya : Food Bank Malaysia Kedah
Jom dermakan RM30 setiap bulan secara konsisten untuk anda membantu mereka-mereka yang memerlukan.